OriCell™Super Junior Colostrum + Vitamin C


Trusted Colostrum to Maximise the Healthy Growth of your children!

OriCell ™ ️ Super Junior Colostrum + Vitamin C ialah tablet kunyahan imunisasi yang pasti disukai oleh si manja dengan rasa madu yang manis dan lazat. Tablet yang senang dikunyah ini dirumus khas dengan 150mg kolostrum berkualiti tinggi, 100mg Vitamin C , 100mg serbuk madu dan 10 jenis campuran sayur-sayuran & buah-buahan. Formulasi ini membekalkan protein dan vitamin C yang tinggi dan mampu melindungi si manja dari dalam, memastikan kesihatan pertumbuhan dan perkembangan yang lebih baik.

Selain itu, OriCell ™ ️ Super Junior Colostrum + Vitamin C kaya dengan faktor imun (sehingga 30mg IgG setiap tablet kunyah) dan faktor pertumbuhan semulajadi yang penting bagi meningkatkan sistem imun , kesihatan usus dan mengekalkan kesihatan & pertumbuhan keseluruhan si manja. Penggabungan serbuk madu memberikan manfaat antibakteria dan anti-radang yang membantu mengurangkan selsema dan menenangkan sakit tekak.

Apakah keistimewaan Bovine Kolostrum kami?


  • Kolostrum ialah susu pertama yang dikumpulkan dalam masa 24 jam, kaya dengan komponen imun bioaktif.
  • Kolostrum dikumpulkan dari ladang Gred A.
  • Menggunakan teknologi mikroenkapsulasi canggih dalam pemprosesan tepung kolostrum untuk memastikan keseluruhan bahan aktif pada kolostrum dapat dihantar ke dalam usus dengan sempurna.
  • Bebas daripada BSE / TSE dan hormone sintetik.
  • Tinggi dalam peptida protein dan faktor imun (lactoferrin, lactoperoxidase, lysozyme dan sitokin)

Kesan kolostrum terhadap jangkitan saluran pernafasan berulang (URTI) & cirit-birit pada kanak-kanak berumur 1 – 6 tahun.

Jangkitan saluran pernafasan atas akut (URTI) adalah penyakit biasa pada kanak-kanak kecil terutama yang berumur < 5 tahun.

Kandungan bioaktif faktor pertumbuhan & antimikroba pada kolostrum berkesan dalam profilaksis berulang URTI & cirit-birit. Komponen antimikroba (lactoferrin, lysozyme & lactoperoxidase) serta imunoglobulin memberikan imuniti pasif kepada kelahiran bayi baru & faktor rangsangan pertumbuhan usus.

Kolostrum mempunyai kesan antimikroba dan meneutralkan endotoksin di seluruh saluran GI serta bioaktiviti lain yang boleh mengurangkan keradangan usus & merangsang integriti mukosa & membaikpulihkan tisu dalam pelbagai keadaan yang berkaitan dengan kecederaan tisu.

Kajian terhadap 160 kanak-kanak (1-6 tahun) menunjukkan penurunan URTI, Cirit-birit & kemasukan hospital yang ketara setelah 2 bulan pengambilan kolostrum sapi.

Saad, K. et al., 2016. Effects of bovine colostrum on recurrent respiratory tract infections & diarrhea in children. Medicine, 95(37).

10 jenis campuran sayur-sayuran dan buah-buahan memastikan si manja anda mendapat nutrien yang secukupi!


Nanas
Kandungan anti-radang sumula jadi (bromelain) membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat.
Membantu dalam pencernaan, meningkatkan kesihatan usus.

Epal Hijau
Serat larut dan tidak larut meningkatkan pencernaan dan kesihatan usus
Mengurangkan alahan bermusim

Pir
Merangsang sistem imun dan mempercepatkan pemulihan luka.
Memperbaiki jangkitan kerongkong

Kiwi
Mencegah jangkitan saluran pernafasan atas & selesema.
Membantu dalam emosi.

Buah Markisa
Mengurangkan keradangan.
Meningkatkan peredaran darah, menguatkan tenaga badan.
Meredakan keadaan pernafasan.

Limau
Membantu penghasilan antibodi & sel darah putih / meningkatkan sistem imun.
Melegakan masalah pernafasan.
Menggalakkan kulit yang sihat.

Bayam
Menggalakkan perkembangan tulang.
Kandungan Lutein & Zeaxanthin yang tinggi yang bermanfaat untuk mata.

Saderi
Meningkatkan sistem imun.
Mengurangkan simptom Asma.
Sifat anti-radang.

Timun
Memberi hidrasi kepada badan dan kulit.
Menggalakkan pergerakan usus.

Daun salad
Menyokong kesihatan tulan.
Kaya dengan Lutein & Zeaxanthin yang melindungi mata.
Sifat antibakteria.

Serbuk madu untuk si manja


Madu mengandungi polifenol, vitamin & mineral tinggi yang bagus untuk sistem usus, gastroenteritis bayi, melegakan selesema, menenangkan alergi & jangkitan bakteria.

Anon, Honey: Overview, uses, side effects, precautions, interactions, dosing and reviews. WebMD. Available at: https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-738/honey [Accessed August 26, 2021].

Selain itu, madu juga mengandungi asid amino yang baik untuk perkembangan fizikal.

Si manja yang kerap berbatuk pada waktu malam boleh mempengaruhi waktu berehat dan pertumbuhannya. Pemberian madu kepada si manja dapat menenangkan keradangan pada bahagian membran mukus dan mengurangkan iritasi.

Manfaat Vitamin C untuk si manja:


  • Menyokong sistem imun badan, seperti pengurusan jangkitan saluran pernafasan atas & melegakan gejala selesema.
  • Menggalakkan kesihatan tulang dan gigi yang kuat.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan mereka.
  • Membantu pembentukan & pengukuhan kolagen pada tulang rawan, otot dan saluran darah.

Frequently Asked Questions


Pengambilan harian yang dicadangkan mengikut umur adalah seperti yang berikut:

Umur Dos sehari
Berumur 3 hingga 6 tahun 2 hingga 3 biji
Berumur 7 hingga 10 tahun 3 hingga 4 biji
Berumur 11 hingga 12 tahun 5 hingga 6 biji

* boleh mengambil sebelum atau selepas makan pada bila-bila masa dan di mana jua

OriCell™ Super Junior Colostrum + Vitamin C mengandungi susu tepung skim, maka produk ini bukan bebas laktosa

OriCell ™ ️ Super Junior Colostrum + Vitamin C mengandungi madu dalam formulasinya. Hentikan pengambilan dengan segera sekiranya timbul gejala alahan seperti tekak gatal, ruam, campak atau benjolan pada kulit.

Ya, susu skim & madu dalam OriCell ™ ️ Super Junior Colostrum + Vitamin C sesuai untuk vegetarian.

Ya, kolostrum yang digunakan adalah dari ladang bersertifikat US-FDA yang bebas daripada BSA, TSE, FMD, hormon sintetik, racun perosak (DDT) & antibiotik. Kolostrum dihasilkan mengikut peraturan GMP (Good Manufacturing Practices).

Immunoglobulin G (IgG) ialah sejenis antibodi yang biasa dijumpai dalam peredaran darah yang berfungsi untuk mengenal pasti, meneutralkan & mengikat pelbagai jenis patogen seperti virus, bakteria & kulat untuk mengelakkan si manja daripada jangkitan.

Ramuan synergi pilihan dalam produk ini bertujuan untuk merangsang kesihatan pertumbuhan & perkembangan si manja dengan memberi keseimbangan nutrien yang secukupi untuk membantu mencegah jangkitan usus, jangkitan pernafasan atas (terutamanya selesema & kesejukan) & menyokong sistem imun.

Ya, OriCell ™ Super Junior Colostrum + Vitamin C mengandungi kandungan Vitamin C & antioxidan yang tinggi daripada sumber serbuk madu dan 10 jenis campuran buah-buahan & sayur-sayuran untuk membantu mencegah jangkitan pernafasan atas & usus, dan membantu mengelakkan masalah gusi & kudis.