OriCell™ Ginseng RDX Plus
Remedi Ribuan Tahun Untuk Peremajaan Optimum
Radix Panax ginseng (Serbuk Halia), Radix Eurycoma longifolia (Serbuk Tongkat Ali),
Radix Lepidium meyenii meyenii extract (Ekstrak Maca), Radix Butea superba extract

OriCell™ GINSENG RDX PLUS ialah formulasi unik yang terdiri daripada 4 adaptogen tradisional unggul yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Ia berfungsi secara sinergi untuk memulihkan, menguatkan, meningkatkan, dan mengembalikan kesihatan luar dan dalam dengan optimum.
Gaya hidup moden kini telah menganggu fungsi sel badan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti ketidaksuburan, masalah gangguan tidur dan sistem penghadaman terjejas.
Formulasi ini dapat membantu mengembalikan chi (tenaga) dan seterusnya mengimbangkan fungsi organ dalaman yang penting.
Setiap kapsul sayuran membekalkan: | |
---|---|
Radix Panax ginseng (Serbuk Ginseng) | 119.5mg |
Radix Eurycoma longifolia (Serbuk Tongkat Ali) | 120mg |
Radix Lapidium meyenii extract (Ekstrak Maca) | 100mg |
Radix Butea superba extract | 100mg |
Sains Di Sebalik 4 Adaptogen Yang Unggul

GINSENG
Elemen aktif utama Panax merangkumi ginsenosides yang boleh membantu megurangkan penghasilan cytokines, memperbaiki gejala dan perkembangan keradangan.

TONGKAT ALI
E. longifolia (Tongkat Ali) mengandungi kepekatan antioksidan yang tinggi (superoxide dismutase (SOD) dan saponins) yang memainkan peranan penting dalam mengurangkan tahap tekanan (cortisol).

MACA
Maca adalah sejenis tumbuhan herba yang jarang dijumpai di dan hany didapati di gunung Andes, Peru. Ia mengandungi komponen asid lemak tak tepu (macamides dan macaene) yang bertanggungjawab untuk melindungi sel sel saraf daripada kerosakan.

BUTEA SUPERBA (Red Kwao Krua)
Sejenis herba yang mengandungi isoflavones. Lelaki akan mengalami pertumbuhan prostat dan wanita akan mengalami ketidakseimbangan hormon di sepanjang proses penuaan. Justeru, Butea Superba boleh melaraskan aktiviti estrogen.

Soalan Lazim
OriCell™ Ginseng RDX Plus digunakan untuk melaraskan keseimbangan di dalam badan agar dapat meningkatkan peluang untuk mengandung. Walau bagaimanapun OriCell™ Ginseng RDX Plus tidak digalakkan untuk wanita yang telah hamil.
Dalam Perubatan Cina Tradisional (TCM), Ginseng dianggap sedikit panas. Namun, ia bergantung kepada keadaan badan individu. Untuk mengelakkan badan daripada tanda-tanda kepanasan (sakit kerongkong, ulcer dan sembelit), anda dinasihatkan untuk meminum air yang secukupnya sepanjang hari atau selepas pengambilan.
Pengambilan OriCell™ Ginseng RDX Plus ketika haid adalah tidak disarankan.
Langkah keselamatan:
Individu yang mengambil warfarin atau ubat mencairkan darah, sila dapatkan nasihat doktor / pakar profesional anda sebelum mengambil OriCell™ Ginseng RDX Plus.