OriCell™ e-Lumii
PENGLIHATAN YANG SERLAH UNTUK KEHIDUPAN YANG CERAH !
Mengambil OriCell™ e-Lumii untuk melegakan, menyuburkan dan menlindungi mata anda

Apakah keunikan OriCell™ e-Lumii?
OriCell™ e-Lumii merupakan minuman semulajadi yang diformulasi dari JEPUN dengan campuran nutrien yang dipatenkan untuk membantu meningkatkan penglihatan dan antioksidan pada bahagian mata lensa, macula dan retina. Komposisi dalam OriCell™ e-Lumii mengandungi ekstrak bilberry (Bilberon®), ekstrak bunga marigold (XanMax®), saffron (Affron®) dan ramuan tinggi antioksidan yang lain-lain untuk membantu melegakan masalah mata seperti mata kering, mata letih, penglihatan yang terganggu dan kabur, penyakit macula, katarak, hipertensi okular dan lain-lain, yang disebabkan oleh penggunaan alat elektronik yang berterusan sepanjang masa, penggunaan alat pencahayaan tenaga cekap dan sinaran UV yang berbahaya.
Produk ini merupakan supplemen harian untuk mata yang boleh dinimakti dengan serta-merta dalam pembungkusan individu. Selain itu, antioksidan dalam OriCell™ ️e-Lumii juga membantu mencerahkan dan menyerikan kulit anda.
Bagaimanakah sinaran biru mempengaruhi mata anda?
Sinaran biru ungu yang bertenaga tinggi dengan jalur sempit 415-455nm boleh merosakkan lensa, macula dan retina.
Kesan negatif sinaran biru merangkumi:


Bagaimanakah OriCell™ e-Lumii membantu melegakan kekakuan bahu dan leher?

Antioksidan yang terdapat dalam OriCell™ e-Lumii berpotensi untuk melegakan keletihan otot silia dengan mengendurkan saluran darah dalam mata. Oleh itu, ketidakselesaan yang disebabkan oleh kekakuan leher dan bahu dapat dilegakan.
OriCell™ e-Lumii memberi nutrisi dan perlindungan yang lengkap untuk ketiga-tiga bahagian mata yang paling sensitif.

Lensa
Lensa mata membantu dalam penghantaran cahaya dan memusatkannya pada retina. Antioksidan seperti Lutein & Vitamin C adalah nutrien utama untuk menjaga lensa yang sihat, telus, dan melindungi lensa daripada pencemaran persekitaran, yang boleh mengakibatkan kekaburan lensa.
Makula
Makula membantu dalam memberikan penglihatan yang tajam, jelas dan lurus ke depan, serta kemampuan untuk melihat warna. Makula yang sihat mengandungi Lutein & Zeaxanthin yang tinggi.
Retina
Retina adalah lapisan tisu berisi saraf yang melapisi bahagian belakang bebola mata. Retina berfungsi seperti filem kamera, iaitu untuk memproseskan gambar daripada cahaya yang difokuskan. Antioksidan melindungi retina daripada kerosakan radikal bebas.
Bahan berpaten dan berkualiti yang dapat menjaga kesihatan mata secara keseluruhan

Bilberon® Ekstrak Bilberry
Bilberon® adalah ekstrak bilberry yang kaya dengan antosianin dan mempunyai kesan antioksidan yang dipatenkan dari Jepun. Pengambilan jangka panjang dapat membantu menghilangkan bahan kimia toksik dan radikal bebas di retina, meningkatkan pengeluaran purpurin retina dan memulihara penglihatan malam.
- Memperbaiki simptom yang berkaitan dengan keletihan mata seperti kekakuan bahu dan ketegangan leher
- Memperbaiki penglihatan yang kabur
- Mengurangkan kekeringan mata



Xanmax® Lutein & Zeaxanthin
XanMax® diekstrak daripada bunga marigold (Tagetes erecta) dengan nisbah Lutein: Zeaxanthin sekitar 10:1. Oleh sebab Lutein dan Zeaxanthin tidak dapat disintesis dalam badan manusia, maka pengambilan Lutein dan Zeaxanthin yang tinggi dapat melindungi makula & retina daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran ultraviolet dan mengurangkan kejadian penyakit mata.
- Menyaring sinaran biru digital yang berbahaya
- Meningkatkan prestasi visual bagi mereka yang menghadapkan skrin secara berpanjangan.
- Mencegah Degenerasi Makula Berkaitan Umur (AMD)





Affron® Ekstrak Safron
Affron® adalah ekstrak stigma Safron berkualiti tinggi yang berasal dari Sepanyol, negara yang menghasilkan kualiti safron yang terbaik di dunia. Teknologi yang dipatenkan dikenali sebagai teknologi pengekstrakan “AFF ON Cool-Tech” dapat memberikan jumlah crocin yang konsisten dan standard (3%), dan dapat diserap ke dalam darah secepat 1.5 jam.

Bahan-bahan lain yang kaya dengan Antioksidans:

Raspberry
Sumber serat & Vitamin C yang baik
Membantu keseimbangan asid pada saluran pencernaan, membantu detoksifikasi dan kesihatan kulit.

Vitamin C
Antioksidan
Membantu meningkatkan sistem ketahanan badan, menurunkan tekanan darah, menggalakkan pembetukan kolagen dan menyerikan kulit.

Wolfberry Goji
Mengandungi Vitamin A, C, Lutein & Zeaxanthin yang tinggi
Melambatkan penuaan, membantu menjaga kesihatan mata dan menguatkan fungsi paru-paru, buah pinggang dan hati.

Blackcurrant
Vitamin Superstar: Mengandungi Vitamin A, B5, B6, B1 dan E
Membantu melancarkan peredaran darah dalam kapilari mata, melawan keradangan dan meningkatkan kesihatan usus.
Sesuai untuk:



Soalan Lazim:
OriCell™ e-Lumii mengandungi bahan-bahan semula jadi yang berpotensi untuk meningkatkan kesihatan mata. Maka ia selamat untuk diambil untuk jangkamasa panjang.
Biasanya, kesan-kesan dapat dilihat dalam masa 2 hingga 4 minggu. Walau bagaimanapun, kesan-kesan adalah berbeza bagi setiap individu.
OriCell ™ e-Lumii boleh membantu mengurangkan risiko hipertensi dan strok, melindungi daripada kerosakan oksidatif pada otak dan sistem saraf, mengurangkan tekanan dan kegelisahan menopaus, serta mengurangkan pigmentasi kulit.
Kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke atas disyorkan untuk mengambil setengah sachet (10 mL) OriCell ™ e-Lumii setiap hari.
Kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke atas disyorkan untuk mengambil satu sachet setiap hari.